Okay lah sebabkan harini hari Isnin so nak turn on mood tuh kena bersungguh sikit. Ceh padahal nak berblogging sat (tengah boss tak masuk lagi) after a year tinggalkan hobi tak semegah nih. Heh :p Sejak ber-flower dengan si Sasuke celup tuh #HO tak fikir sangat dah nak dating kat mana nak ber-movie ke, takda. Cause both of us fikir nak next step teruih haa macam gelojoh habaq angg. Harharhar takda lahhh cuma macam fikir it's time maybe? Dua ekoq nih suka fikir jauh. Okay certain manusia nak kenai dulu lah nak cari chemistry lah apa semua tuh kenn tapi dua ekoq nih dah kenai sangat, senang nak cakap kenyang dah kelahi 3 tahun (kawan) tup tup dalam tak suka dok benci lahai rasa nak tonyoh kat jalan tar tuh terrrr suka pulok. Hemph bff kata, "aura kau balik jepon kot?" Okay reasons accepted :3 Dah siap decide kalau ada majlis pape just make it simple and nice. Dia tak mau membazir kat pelamin sampai ribu riban baik saving pi vacation. Okay reasons accepted, again. Hiks senang nak deal dengan dia ni. Tak payah nak bersilat cekak rimau bagai. So,, my sort list as below:
1.) Okay if buat majlis bertunang, pakai jelah macam kawan keknis nih (pinjam pic ye keknis) muahciked. Simple, inai pun tak pakai. Tunang tuh sebab nak ikat je kan? (betul la kot, tak tahu lah adat perpatih ni) Untuk dulang hantaran, my sis kata pakai jew yang kat rumah tuh haa.. Haii jimat ongkos ^_^
2.) Akad nikah punya plan lagu ni haa (ambil kat encik google). Hat kain tak payah nak mengurai sangat naimah oii.. Kau ketot, buat jatuh tergolek je satgi. Hemph deep :3
3.) Resepsi belah #NI warna langsung tak fikir lagi, just fikir baju tuh dah wajib kena minta tailor buat memandangkan #NI ni ketot. No sewa2 kat butik, buang masa sebab dah tau confirm buruk. ketot kan! :| Okay yang ni Hana Tajima punya konsep. Jatuh hati terok tengok style dia and macam comfort je dress takda kelip2 merapu mereput. Heh :p
4.) Pelamin? Yang nih part best banyak sebab officemate merangkap geng lepak, aerobik, makan2 volunteer nak buatkan yang simple. Depa kata standby kain scarlet jew. Kerusi pelamin dah ada dah. More cheapest right kalau buat sendiri. Still bayar tapi okay la spent below RM400. Okay setel. :)
Nak membebel jap:
Memang lah kawin tuh seumur hidup (insysaAllah) tapi perlu ke nak perabih harta 7 keturunan tuh untuk kawin je? Better saving untuk future, soon anak lagi melainkan memang harta nenek moyang jenih makan 7 abad tak habis. Fuhh deep. Bak perpatah ukur baju dibadan sendiri. Buat apa yang termampu. Okay? Mohon hadam #NI. Kau jangan gedik2 nak over wedding of the year bagai. Fine,, kbye :3